Thursday, 14 July 2011

Pelihara Aurat

adik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg: p haji la dik, masa kahwin,kan?
adik: salah, teka la lagi
abg: (berfikir) masa dh dpt hidayah Allah kn?
adik: salah,nak tahu jawapannya x, senang ja
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustzh ckp kt sekolah, perempuan akn menutup auratnya apabila dia dikafankan,akn tutup buat selamanya
abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam mksdnya)


aurat wanita yg disyariatkan...
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]



aurat wanita




aurat lelaki pula..
antara pusat hingga lutut



Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.




B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut



C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.




D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut



2 comments: