Thursday 1 December 2011

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan Penerbitan DPMZ (2011/2012)
Koleksi Tazkirah Mingguan DPMZ (KTM DPMZ)

Sunday 24 July 2011

Taubat Rasulullah

assalamualaikum...syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurniaannya saya masih diberi kekuatan untuk berkongsi setitis ilmu dengan sahabat-sahabat...selawat dan salam ke atass guru kita yg mulia...Rasulullah s.a.w....kali ni saya bawakan hadith2 berkaitan istighfar...harap-harap sahabat2 dapat manfaatkan perkongsian yang xsbrapa ini.....ambil yang baik tinggal yang rosak.....syukran:)






Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:


Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.






Monday 18 July 2011

Teknik Mudah Hafal Al-quran

bersempena dengan ramadhan yg bakal tiba xlama lagi saya mengajak kawan-kawan
untuk sama-sama kite menghafal kalam Allah yg mulia bg yg belum mula..bagi yg dalam proses mgkin 
dari penulisan yang xsberapa ini ada tips yang korang bole amek...


matematik dlm menghafal alquran...
bergantung kpd keupayaan masing-masing untuk menghafal dlm masa sehari lihat hasilnya..
hanya dlm masa beberapa tahun pasti akan khatam

~1 ayat sehari  khatam dalam masa 17 tahun 7 bulan 9 hari..

~2 ayat sehari khatam dalam masa  8 tahun 9 bulan 18 hari

~3ayat sehari khatam dalam masa  5 tahun 10 bulan 13 hari

~4 ayat sehari khatam dalam masa 4 tahun 4bulan 24 hari

~5 ayat sehari khatam dalam masa 3 tahun 6 bulan 7 hari

~6 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 11  bulan 4 hari

~7 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 6 bulan 3 hari

~8 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 2 bulan 12 hari

~9 ayat sehari khatam dalam masa 1 tahun 11 bulan 12 hari

~10 ayat sehari khatam dalam masa 1 tahun 9 bulan 3 hari

~1 mukasurat sehari khatam dalam masa 1 tahun 8 bulan 12 hari

~2 mukasurat sehari khatam dalam masa 10 bulan 6 hari





perkara yang perlu diambil perhatian dalam menghafal...

1. niat ikhlas kerana Allah

2.azam dan semangat yg kuat serta istiqamah

3.masa lapang digunakan utk mengulang

4.semak bacaan dengan pendengar yang mahir untuk mengetahui bacaan yang tepat.

5.sentiasa ada alquran bersama ke mana kite pergi supaya dpt menghafal setiap hari 

6.hidupkan keluarga dgn suasana menghafal al-quran..suasana juga turut memberi impak

7.jadikan hafalan bacaan dalam solat

8.hindarkan diri dari dosa kerana dosa menyebabkan lemah ingatan



ingatlah kawan-kawan satu huruf yang kite bace memberi nilai 10 kebaikan
kalimah بسم الله الرحمن الرحيم  sudah mengandungi 19 huruf so same dgn 190 kebaikan..
wah!!!mudahnye dapat pahala..
sekian saje dari saya dah xtau nak tulis ape.....




Thursday 14 July 2011

Pelihara Aurat

adik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg: p haji la dik, masa kahwin,kan?
adik: salah, teka la lagi
abg: (berfikir) masa dh dpt hidayah Allah kn?
adik: salah,nak tahu jawapannya x, senang ja
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustzh ckp kt sekolah, perempuan akn menutup auratnya apabila dia dikafankan,akn tutup buat selamanya
abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam mksdnya)


aurat wanita yg disyariatkan...
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]



aurat wanita




aurat lelaki pula..
antara pusat hingga lutut



Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.




B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut



C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.




D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut



Thursday 30 June 2011

~INNI AKHAFULLAH~


Abu Hurairah ada meriwayatkan,akan terdapat 7 golongan yang mendapat naunganNYA d hari tiada naungan melainkan naunganNYA..


1. pemimpin yang adil

2.pemuda yang masanya dihabiskan utk beribadah kepada ALLAH..


3.seseorg yang hatinya terpaut dengan masjid


4.lelaki yang berkasih sayang..bertemu dan berpisah kerana ALLAH semata..


5.lelaki yang di ajak dan di goda wanita berpengaruh dan cantik utk melakukan maksiat,lalu dia mengelak dan berkata "sesungguhnya aku takutkan ALLAH"


6.seseorg yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya..


7.lelaki yang mengingati ALLAH dalam sendirian lalu mengalirlah airmatanya..


-hadis riwayat IMAM MUSLIM-



lihatlah naungan yang ke lima..


"lelaki yang di ajak dan digoda wanita berpengaruh utk melakukan maksiat,lalu dia menolak dengan mengatakan 'inni akhofullah"..

lihatlah teman se agamaku..


betapa mulianya pandangan ALLAH buat mrk yang menjaga maruah dan diri dari terpalit dosa dunia..

dan begitu indahnya ni'mat anugerah ALLAH buat mereka yang berusaha mencari keredhaan ALLAH dalam marah dan bencinya manusia..

sudah semestinya fitnah bakal terpalit buat hamba yang berlindung dengan ALLAH ini..

kerana menolak ajakan org yang berpengaruh..


namun,dek kerana hanya ALLAH yg dilihat,semua keindahan dunia bagai pudar begitu sahaja..

sahabat,siapakah lagi yang menjadi harapan kita selain ALLAH..

di dunia lagi ALLAH dah buktikan bahawa kita sememangnya x mampu utk berbuat sesuatu melainkan dengan bantuanNYA..

makan,minum,pakaian,kesihatan..dan yang paling sejahtera..ni'mat islam,iman,ihsan yang ALLAH anugerahkan itu..jauh dari kemampuan utk kita usahakan sendiri..semua dari RABB izzah...cahaya HIDAYAHNYA..





                                           
   ::: IMAN ADALAH MUTIARA MAKA PELIHARALAH IMAN SEBAIKNYA:::

Wednesday 22 June 2011

mesti tonton...





assalamualaikum w.b.t
segala puji bagi Allah tuhan bg skalian makhluk,
para manusia dan jin,haiwan mahupun tumbuhan
dan segala keindahan alam ciptaan Allah..
maha suci bg Allah...
sesungguhnya tiada daya mahupun kekuatan melainkan dgn izin Allah...


ok dah tengok ke video kat atas tu??
paham x?
video ni pasal seorang perempuan yg ade msalah gangguan jin
die tepon syaikh ni yg tgh bersiaran LIVE dlm rancangan ape tah ni..
yg penting bukan maharaja lawakla..hehe
dgn izin Allah jin ni tibe2 buat kacau dlm panggilan tepon tu
xpercya tgokla die gelak..haha..very scary..ngeh3
letihla tulis tgokla sendiri ea...


masing-masing komenla sendri
sbnarnye saya pon xde bnde nk cerita..
tibe2 terjumpa video ni...kwn share kt fb...
ade satu ayat dri syaikh ni utk jin yg mengganggu manusia
mgkin bole jd muhasabah utk diri kite...


"remember that u r going to stand before Allah"


ayat ni membuat saya tefikir...
walaupon syeikh ni maksudkan utk jin yg buat kaco tu...


eala btolkan semua kite ni bakal berjumpa dgn Allah kelak?
agakny ape yg kite nk laporkan pd Allah di Akhirat kelak
adekah cukup ilmu akhirat kite??
adekah kite beramal dgn ilmu kite ??
dri satu ayat yg ringkas dri syeikh 2
mcm2 persoalan timbul sbg muhasabah utk diri ini
dan sy tahu kamu semua pon akan terfikir jgk kan??




akhir sekali  igatlah kwn2 peluang yg ade di dunia gunelah sebaeknye
jgn dipersiakan.
nikmat yg Allah pinjam samelah digunakan ke jalan2 ibadah,jalan2 dakwah
jgn digunakan utk perkara2 lagha dan maksiat
takut menesal di saban hari
igtlah kita semua adalah milik Allah...
dan akan kembali pd Allah


nota utk amalan bersama:
kata Syeikh Uthaymeen dalam kitabnya majmuk fatawa...
adepon perlindungan diri dri syaitan mahupun jin sebagaimana yang telah tercatat dalam sunnah ialah tuan badan itu membaca ayat kursi..apabila seseorang itu membac ayat kursiy pd malam hari dia akan berterusan dalam perlindunagan Allah...dan tiada syaitan yg akan dtang pdnya shinnga pg hari..sesugguhnya Allah maha pelindung...

selamat beramal (^_^)

Wednesday 15 June 2011

Di sebalik gerhana

gambar gerhana dari wall of damascus.jerusalem old city,15 jun 2011-reuters pic...

gerhana..
tahukah sejarah islam berkaitan dgn solat gerhana??
kenapa apabila gerhana berlaku kita disunnatkan(ade sbhagian ulamak kate wajeb)
untuk tunai solat gerhana/khusuf??

haaa..mari kita rungkaikan....

sabda Rasulullah saw., : Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana krn kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah salat. (Shahih Muslim No.1521)


Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah  pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.


Rasulullah  telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.


gerhana bulan dan matahari 
patut dilihat dri aspek kebesaran Allah 
bukannya dijadikan hari-hari untuk memuja..
mentaliti ummat yang semakin taksub dengan peristiwa-peristiwa hebat sebegini..
tak ubah seperti kaum jahiliyyah dahulu...
sepatutnya bila melihat kebesaran Allah perlu untuk kita memuji kebesarannya..
bukan mensyirikkannya...
kerana semua perkara yang terjadi
xlain xbukan hanya dgn qudrah dan iradah Allah....







rujukan:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=118:10-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kirab-gerhana&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13

Monday 13 June 2011

Orang yang gagah


~You can go to the gym, lift as many weights as you want, but if you can't bench press your blanket at Fajr then it doesn't mean anything.~

assalamualaikum...kpd sape2la yg membaca blog ni
agak lama jari ini tidak menari di atas keyboard....
stelah hampir 4 bulan rsenye(wah!!lamanye)
akhirnye bru datang buah fikiran nak menulis ni(pergh tgh exam plak la nk men blog!!)
act saya ni bukan org yg bnyk idea utk cerita mcm2 ni...
cume mgkin sekadar renungan kita bersama....
moga sama kite dapat manfaat...(ko guano??)

cube perhatikan kata2 diatas...
nmpk ringkas je tp ape yg cube dsampaikan 2 amat padat
dan menusuk kalbu...
kome paham x?ape saya tulis???klu xpaham bkkla google translator and then copy paste....
sbnarnye kata2 ni bkanla tertubik dari mulut saya mahupun buah fikiran saya..
tetapi kata2 yg dikongsikan oleh sahabat saya...syukran kepada beliau..
sedikit sebanyak mungkin dpt menyedarkan kita..


apa yg dpat sy huraikan
kekuatan dri kite ni bkn terletak pd gagahnye kita
bole angkat batu 10 tan bole makan besi semata...
tp kekuatan iman 2 amatlah diutamakan...

cbe bayangkan
Allah beri pd kite kekuatan fizikal supaya kite dpt laksanakn ibadah
tapi oleh kerana lemahnya iman kite...rse cinte pd ibadah utk Allah itu tiada...
kite ade badan yg kuat tp xmampu puasa...(xmustahil kan??)
sy bukan mengatakan kekuatan fizikal itu tdak penting...
ia amat penting malahan ade hadith mengatakan
mukmin yg kuat lebih Allah cinta dari mukmin yang lemah..
tetapi dari segi penilaiannya..iman itu terlebih dahulu di nilai Allah

Dari Abu Hurairah, Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Mukmin yang kuat (imannya) lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah (imannya). Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah dia kehendaki pasti terjadi.’ Karena perkataan law (seandainya) dapat membuka pintu syaithon.” (HR. Muslim)
[Muslim: 47-Kitab Al Qodar, An Nawawi –rahimahullah- membawakan hadits ini dalam Bab “Iman dan Tunduk pada Takdir”]


saya bukanlah cukup arif untuk menghuraikan hadith di atas
cume sy lampirkan hadith ini utk motivasi bersama

JADI KESIMPULANNYE
andai kata kite merasa iman kite lemah...
usahalah utk tingkatkan..
kekuata jasmani lemah usha juga utk tingkatkan
moga kita menjadi mukmin qawiy..yg dicintai Allah...

sekian.....

Wednesday 2 February 2011

revOluSi mesir....

dalam keadaan yg kian gawat di mesir ni macam2 boleh berlaku...
tp keadaan yg sbenar
hnya Allah dan mreka2 yg terlibat dgn rusuhan sje yg tau
walupun students malaysia duduk d mesir tp xsume crite kmi tau
tmbh pula kdg2 brita yg kmi dpt tdk pasti kesahihannya...
ada juga brita yg terlebih 'gebang' shingga buat ayah dan bonda kami risau yg amat
hakikatnye kami masih selamat walaupon dok dlm suasana yg xselamat



gmbr suasana revolusi rakyat mrk xbersnjata sperti polis


revolusi rakyat yg berlaku d mesir ni biarlah habis-habisan..
selagi hosni mubarak x jatuh jgn brhenti
kerana kelak akn myesal d kmudian hari...
ayuh rakyat mesir bersama membasmi hosni!!!


tiada option lain utk hosni mubarak....
selain turun dari tampuk pemerintahan
serahkan kpd kuasa rakyat.....



Saturday 22 January 2011

Matlamat Hidup Mukmin

aduahai....
ape ade dgn matlamat...nmpk mcm stu perkataan yg mudah
snang dbtulis...sng dbca...sng dieja...
ble renung2 kmbali...kalimah ni terlalu sush dicapai
dlm khidupan matlamt men kan pranan yg amat penting
eala...
bwk keta xde hala tuju..last xsmpy ke mana....

dlm nk capai matalamat pon...
ade mcm2 dugaan
ade yg diuji dgn nimat
ade yg diuji dgn kesusahan
adakala ujian yg dtg....
mmbuat kite give up...
juga membuat kite bertambah kuat
terpulang kpd pematalamat(haha btol ke bm aku??)


tp dlm mgjar matlamat
jgn lupe bergantung pd Allah
adapon yg bg kjayaan itu Allah yg maha memiliki segala kekuasaan
kite just usha je.....

Matlamat mukmin itu tidak lain tidak bukan adalah mendapat keredhaaan Allah...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



ckp sal ni aku nk bgtaula matlamat aku...
aku nk jd hamba yg taat..
anak yg soleh
pemuda yg cmerlang
xlupe matlamat pling besar bg kbnyakan muslim...
aku mahu redha Allah.........

Thursday 13 January 2011

surgamu- ungu...


ambo suko dgr lgu nih

lirik dio sgt menginsafkan

*pd saem2 hk sero hati kerah po batu 2 mai r dgr lgu ni mno tau cair...*


Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…


Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu