![]() |
gambar gerhana dari wall of damascus.jerusalem old city,15 jun 2011-reuters pic... |
gerhana..
tahukah sejarah islam berkaitan dgn solat gerhana??
kenapa apabila gerhana berlaku kita disunnatkan(ade sbhagian ulamak kate wajeb)
untuk tunai solat gerhana/khusuf??
haaa..mari kita rungkaikan....
sabda Rasulullah saw., : Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana krn kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah salat. (Shahih Muslim No.1521)
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
gerhana bulan dan matahari
patut dilihat dri aspek kebesaran Allah
bukannya dijadikan hari-hari untuk memuja..
mentaliti ummat yang semakin taksub dengan peristiwa-peristiwa hebat sebegini..
tak ubah seperti kaum jahiliyyah dahulu...
sepatutnya bila melihat kebesaran Allah perlu untuk kita memuji kebesarannya..
bukan mensyirikkannya...
kerana semua perkara yang terjadi
xlain xbukan hanya dgn qudrah dan iradah Allah....
rujukan:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=118:10-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kirab-gerhana&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13
No comments:
Post a Comment