Wednesday 31 July 2013

Di mana Kita Dalam Perjuangan?




"Ingatlah kebenaran itu pasti akan datang,
 namun masanya tidak seorang pun tahu melainkan Allah..

 Persoalannya,
 seandainya kita menang pada waktu kita masih hidup,
 jika tiada sebarang sumbangan pun pada Islam,
 apa yang hendak kita jawab dihadapan Allah? Hanya duduk rumah,
 mengkritik gerak kerja orang lain, bersenang lenang dengan harta dunia, 
banyak berhibur dan tengok kejatuhan (umat Islam diseksa, dibunuh, akidah tercalar) Islam 
dan hanya berkata "Astaghfirullah" kesian mereka.. Begitu?? Berdoa sahaja?? 




Kenapa tidak mengerah tenaga yang ada menyebarkan fikrah Islam,
 menyebar bahaya serangan pemikiran barat,
 membantu gerak kerja Islam, menjelaskan pihak yang mana yang benar atau salah,
 menolak anasir perpecahan, tidak berdiam diri sedangkan tahu kebenaran seperti syaitan bisu,
 bersama ulama dan mahukan tarbiah serta lain2 lagi..
 Itulah jawapan pada Allah SWT, kerana Islam tidak melihat pada menang, namun pada sumbangan itu.


"Hidup mulia, Mati Syahid"


Tuesday 30 July 2013

Zakat Fitrah : Penyucian Hati dan Pembersihan Harta



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mampu apabila masuknya bulan Ramadan dan bulan Syawal. Zakat fitrah disyari’atkan khusus untuk umat Muhammad SAW, dan mulai diwajibkan pada tahun dua hijriyah.



Hukum Zakat Fitrah

Zakat fitrah berhukum wajib atas setiap muslim, baik lelaki atau perempuan, besar atau kecil, merdeka atau hamba, yang telah memenuhi syarat wajibnya.

Dalil Zakat Fitrah

Dalil kewajiban zakat fitrah adalah;

1)Al-Quran = Firman Allah SWT:

]وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلاَةَ وَآتُواْ ٱلزَّكَاةَ وَٱرْكَعُواْ مَعَ: ٱلرَّاكِعِينَ[

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'.”

(Surah Al Baqarah, ayat : 43)

2)Hadith = Sabda Nabi SAW:

]بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلٰى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ ﻵ إِلٰـهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ[

“Islam didirikan atas lima (dasar): penyaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusanNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan Haji, dan puasa Ramadan.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru itu pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi ini menyeru warga Malaysia di Zagazig agar menyegerakan pembayaran zakat fitrah kepada amil yang telah dilantik saudara Mohamed Zulfiqar Bin Mohamed Akram, Bendahari DPMZ sesi 2012/2013 dan saudari Siti Najwa Binti Roslan. Semoga ibadah kita ini diperlihat oleh Allah di akhirat kelak serta menyedari tugas kita sebagai hambaNya dengan mentaati keseluruhannya tanpa meninggalkan sedikitpun.

“Memartabat Kelimuan, Memimpin Kesatuan.”

Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi


Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,



Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?


Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?


Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?


Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?


Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.


Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.


A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)

Usah Sombong Kerana Hakikatnya Manusia Itu Saling Memerlukan

Sehebat mana pun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina mana pun seseorang, pasti dia sudah pernah berbudi kepada orang lain. Ertinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina-menghina dan pecah-belah, kerana kita sebenarnya saling memerlukan. 

Kerana itu janganlah merasa kita ini cukup gagah, tidak perlu kepada orang lain. Lantaran itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang lebih bawah daripada kita, seperti orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih bodoh dan rendah pangkatnya daripada kita.

Sekalipun kita raja apalagi seorang rakyat biasa, atau kita majikan, apalagi kalau kita seorang kuli, sebenarnya kita ini lemah dan serba kurang. Kekuatan dan kehebatan kita adalah hasil pengorbanan orang lain. Tanpa pengorbanan dan kerjasama orang lain, kita tidak mungkin boleh memiliki keistimewaan dan kemuliaan seperti sekarang.

Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. Tanpa petani, kita ketiadaan beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan berbaju. Tanpa tukang masak kita tidak dapat merasa makanan lazat. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluan-keperluan hidup yang bermacam-macam jenis.


Pendek kata hidup kita ini sentiasa bergantung dan bersandar pada jasa dan pengorbanan orang lain. Seorang yang mahu bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebih-lebih lagi dengan Allah pasti akan merasa sangat susah bahkan mungkin akan mati kelaparan. Demikianlah sunnatullah, dijadikan manusia terpaksa merasa perlu kepada manusia lain agar mereka saling merasa terhutang budi dan perlu-memerlukan.

Rupa-rupanya sudah banyak kita menerima budi dan jasa orang lain. Bahkan mungkin jasa orang pada kita lebih besar dan lebih banyak daripada apa yang terdaya kita berikan kepada mereka. Kerana itu kita sepatutnya merasa malu dan terhutang budi kepada manusia lain lebih-lebih lagi kepada Allah SWT Pemilik Segalanya.

Sumbangan mereka besar pada tamadun manusia. Seeloknya kita mencari jalan bagaimana untuk membalas budi mereka itu dan mencari jalan bagaimana untuk menghiburkan mereka atau bagaimana untuk menolong memenuhi keperluan-keperluan hidup mereka.

Sepatutnya kita muliakan mereka sesuai dengan jasa mereka. Jangan sekali-kali kita sombong dan angkuh terhadap mereka dan membiarkan mereka dalam kesusahan atau meletakkan mereka di taraf yang hina seolah-olah merekalah manusia yang tidak berharga dan tidak berguna apa-apa di dalam kehidupan.

Di sisi Allah barangkali darjat mereka lebih mulia daripada kita. Allah berfirman,

 إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

Maksudnya: ”Semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa. (Al Hujurat: 13)

Kalaulah hal ini diinsafi dan disedari sebenar-benarnya oleh setiap manusia, tiada seorang pun tergamak untuk berlaku sombong dengan orang lain. Sebaliknya, masing-masing rasa rendah diri dan memandang orang lain dengan rasa hormat dan kasih sayang.

Allah Yang Maha Bijaksana mencipta manusia pelbagai rupa, kelebihan dan kekurangan agar mereka lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perkara begini sering dijadikan hujah untuk mengatakan Allah tidak adil, menciptakan manusia tidak sama rata, ada kaya, ada yang miskin, ada cantik, ada yang buruk rupa...sebenarnya disitu terdapat hikmah menunjukkan Maha Adil, Maha Pencipta, Maha Bijaksana Allah SWT.

Tidak mungkin jari-jari dapat digenggam jika semua jari-jari itu sama saiz dan panjangnya
Tidak mungkin jari-jari dapat digenggam jika semua jari-jari itu sama saiz dan panjangnya
Yang Allah nilai pada manusia itu hanya taqwanya. Allah jadikan manusia ini sedemikian rupa, agar berlumba-lumba berbekal dan mencari taqwa itu, agar selamat di akhirat nanti. Sedangkan jari-jari di tangan tidak Allah jadikan sama rata. Ada yang besar, ada yang halus, ada yang panjang, ada yang pendek, agar dapat memegang dan menggenggam.

Bila hakikat itu dilupakan, lahirlah sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan persengketaan. Sebaliknya jika dapat difahami bahawa kita sebenarnya saling memerlukan, akan amanlah hidup manusia ini.

Alhasil manusia akan hidup bersatu padu dalam satu susunan hidup masyarakat yang sama rata dan hormat-menghormati serta saling merasa perlu memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada lagi masyarakat super scale, first class, second class, third class dan no classbahkan semuanya senasib. Hanya yang membezakan ketika itu adalah TAQWA, yang jadi penilainya ialah Allah SWT.

Ya, rupanya kita senasib. Senasib ertinya masing-masing tidak lepas daripada menerima dan mengharap bantuan orang lain. Senasib juga ertinya tidak lepas daripada kekuasaan Allah SWT, tidak lepas daripada dimatikan oleh Allah, tidak lepas daripada Alam Barzakh dan Alam Akhirat serta daripada Syurga dan Neraka. Maknanya manusia semuanya jadi satu kelas, satu hati dan benar-benar bersatu.

Hari ini kesedaran begitu belum wujud dalam masyarakat kita. Tidak ramai yang faham kenapa Allah jadikan orang besar, orang kecil, orang pandai, orang jahil, orang kaya, orang miskin, tauke, kuli dan lain-lain lagi. Kerana itu manusia tidak sedar yang mereka saling perlu-memerlukan, kait-mengait dan berhubung dengan hubungan yang penting. Apabila hal ini tidak disedari, terjadilah keadaan ketika masing-masing terasa dirinya lebih daripada orang lain.

Manakala yang kurang pula rasa hina diri dan hasad dengki. Lalu manusia hidup berantakan, pecah-belah dan tekan-menekan. Tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Kehidupan menjadi begitu tegang dan meruncing. Kebahagiaan di dunia sering terancam, di akhirat lebih-lebih lagi.

Menyedari hakikat ini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir untuk mengubah sikap, membaiki keadaan dengan masing-masing memulakan sikap menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri. Pernah Sayidina Muaz bertanya kepada Rasulullah ﷺ, ”Bagaimana untuk selamat di hari Hisab nanti?”, maka jawab Rasulullah, ”Engkau kasihi orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri.”

Al-Quran dan Psikologi

penemuan tentang kesan membaca Al-Quran dan mengulangi perkataan ALLAH Kepada semua umat Islam. INI BUKAN cerita-cerita dongeng ... this is real and verifiable!!!            




 Vander Hoven, seorang ahli psikologi dari Belanda, mengumumkan penemuan barunya tentang kesan membaca Al-Quran dan mengulangi perkataan ALLAH di pada  pesakitnya
 dan orang biasa. Profesor Belanda mengesahkan penemuan beliau dengan kajian dan penyelidikan pada ramai pesakit dalam masa tiga tahun. Ada pesakit beliau yg bukan Islam, dan tidak reti cakap bahasa Arab telah dilatih untuk menyebut 'Allah' dengan jelas; keputusannya amat terbaek utk org yg mengalami hypertension


.Akhbar harian Al Watan,  melaporkan bahawa orang islam yg membaca al-quran dapat melindungi dii dari  gannguan mental. Psikologi menjelaskan bagaimana setiap huruf dalam kalimah 'ALLAH'  memberi kesan penyembuhan penyakit psikologi. Beliau berkata dalam kajian beliau yang huruf pertama dalam 'ALLAH'  

1)huruf (A), dibebaskan daripada sistem pernafasan, kawalan pernafasan.  

2) (L) dengan cara yang bahasa Arab, dengan lidah menyentuh sedikit bahagian atas rahang menghasilkan jeda pendek dan kemudian mengulangi berhenti sama sentiasa, melegakan aspirasi. Selain itu, menyebut huruf terakhir yang surat (H) membuat kenalan antara paru-paru dan jantung dan seterusnya hubungan ini mengawal denyutan jantung. Apa yang menarik dalam kajian ialah ahli psikologi ini adalah bukan Islam, tetapi berminat dalam sains Islam dan mencari rahsia Allah HolYQuran, Besar dan Mulia, berkata, Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kami di alam semesta dan merekaownselves, sehingga ternyata jelas kepada (ingat saya dalam ur Dua) ​​Allahu Akbar Allah Maha besar Allah saya akan terus siang dan malam. Tanpa Allah, saya tidak ada ... 

MESIR: AS-SYAHID KHALID AHMAD DIBAKAR DENGAN KEJAM





Muhammad Khalid Ahmad, 26 tahun dari Port Fuad (dalam Port Said) seorang yang sangat baik dan miskin.


Muhammad mati terbakar hari ini semalam dalam serangan samseng ke atas salah satu kedai Islamik di Port Said, nama kedai tersebut adalah kedai Minyak Wangi Mukmin.

Muhammad telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru mencapai usia 45 hari.

mereka membakarnya kerana beliau berjambang.
-------------------------------------------
Kenyataan lain :
Muhammad dibunuh di sebuah kedai minyak wangi, mereka mengunci beliau di dalam kedai dan membakar kedai itu bersama beliau di dalamnya.

Samseng telah membunuhnya dalam gerakan serangan ke atas orang berjambang di Port Said yang dilancarkan semalam.


Siapa Si Fakir


"bila dtanya ttg fakir..apakah mksud FAKIR yg sebenar??"

~iaitu pabila seseorg itu kehilangan sesuatu...dia merasakan sudah kehilangan segala-galanya~



pesanan orang tua-tua..

hilang sesuatu belom hilang segalanye


hilang anggota baru hilang sesuatu...

hilang akhlak..hilang segala-galanye...

biar miskin harte jgn miskin akhlak...

biar miskin harta jangan miskin jiwa-dr maza