Abu Hurairah ada meriwayatkan,akan terdapat 7 golongan yang mendapat naunganNYA d hari tiada naungan melainkan naunganNYA..
1. pemimpin yang adil
2.pemuda yang masanya dihabiskan utk beribadah kepada ALLAH..
3.seseorg yang hatinya terpaut dengan masjid
4.lelaki yang berkasih sayang..bertemu dan berpisah kerana ALLAH semata..
5.lelaki yang di ajak dan di goda wanita berpengaruh dan cantik utk melakukan maksiat,lalu dia mengelak dan berkata "sesungguhnya aku takutkan ALLAH"
6.seseorg yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya..
7.lelaki yang mengingati ALLAH dalam sendirian lalu mengalirlah airmatanya..
-hadis riwayat IMAM MUSLIM-
lihatlah naungan yang ke lima..
"lelaki yang di ajak dan digoda wanita berpengaruh utk melakukan maksiat,lalu dia menolak dengan mengatakan 'inni akhofullah"..
lihatlah teman se agamaku..
betapa mulianya pandangan ALLAH buat mrk yang menjaga maruah dan diri dari terpalit dosa dunia..
dan begitu indahnya ni'mat anugerah ALLAH buat mereka yang berusaha mencari keredhaan ALLAH dalam marah dan bencinya manusia..
sudah semestinya fitnah bakal terpalit buat hamba yang berlindung dengan ALLAH ini..
kerana menolak ajakan org yang berpengaruh..
namun,dek kerana hanya ALLAH yg dilihat,semua keindahan dunia bagai pudar begitu sahaja..
sahabat,siapakah lagi yang menjadi harapan kita selain ALLAH..
di dunia lagi ALLAH dah buktikan bahawa kita sememangnya x mampu utk berbuat sesuatu melainkan dengan bantuanNYA..
makan,minum,pakaian,kesihatan..dan yang paling sejahtera..ni'mat islam,iman,ihsan yang ALLAH anugerahkan itu..jauh dari kemampuan utk kita usahakan sendiri..semua dari RABB izzah...cahaya HIDAYAHNYA..