Sunday 24 July 2011

Taubat Rasulullah

assalamualaikum...syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurniaannya saya masih diberi kekuatan untuk berkongsi setitis ilmu dengan sahabat-sahabat...selawat dan salam ke atass guru kita yg mulia...Rasulullah s.a.w....kali ni saya bawakan hadith2 berkaitan istighfar...harap-harap sahabat2 dapat manfaatkan perkongsian yang xsbrapa ini.....ambil yang baik tinggal yang rosak.....syukran:)






Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:


Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.






Monday 18 July 2011

Teknik Mudah Hafal Al-quran

bersempena dengan ramadhan yg bakal tiba xlama lagi saya mengajak kawan-kawan
untuk sama-sama kite menghafal kalam Allah yg mulia bg yg belum mula..bagi yg dalam proses mgkin 
dari penulisan yang xsberapa ini ada tips yang korang bole amek...


matematik dlm menghafal alquran...
bergantung kpd keupayaan masing-masing untuk menghafal dlm masa sehari lihat hasilnya..
hanya dlm masa beberapa tahun pasti akan khatam

~1 ayat sehari  khatam dalam masa 17 tahun 7 bulan 9 hari..

~2 ayat sehari khatam dalam masa  8 tahun 9 bulan 18 hari

~3ayat sehari khatam dalam masa  5 tahun 10 bulan 13 hari

~4 ayat sehari khatam dalam masa 4 tahun 4bulan 24 hari

~5 ayat sehari khatam dalam masa 3 tahun 6 bulan 7 hari

~6 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 11  bulan 4 hari

~7 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 6 bulan 3 hari

~8 ayat sehari khatam dalam masa 2 tahun 2 bulan 12 hari

~9 ayat sehari khatam dalam masa 1 tahun 11 bulan 12 hari

~10 ayat sehari khatam dalam masa 1 tahun 9 bulan 3 hari

~1 mukasurat sehari khatam dalam masa 1 tahun 8 bulan 12 hari

~2 mukasurat sehari khatam dalam masa 10 bulan 6 hari





perkara yang perlu diambil perhatian dalam menghafal...

1. niat ikhlas kerana Allah

2.azam dan semangat yg kuat serta istiqamah

3.masa lapang digunakan utk mengulang

4.semak bacaan dengan pendengar yang mahir untuk mengetahui bacaan yang tepat.

5.sentiasa ada alquran bersama ke mana kite pergi supaya dpt menghafal setiap hari 

6.hidupkan keluarga dgn suasana menghafal al-quran..suasana juga turut memberi impak

7.jadikan hafalan bacaan dalam solat

8.hindarkan diri dari dosa kerana dosa menyebabkan lemah ingatan



ingatlah kawan-kawan satu huruf yang kite bace memberi nilai 10 kebaikan
kalimah بسم الله الرحمن الرحيم  sudah mengandungi 19 huruf so same dgn 190 kebaikan..
wah!!!mudahnye dapat pahala..
sekian saje dari saya dah xtau nak tulis ape.....




Thursday 14 July 2011

Pelihara Aurat

adik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg: p haji la dik, masa kahwin,kan?
adik: salah, teka la lagi
abg: (berfikir) masa dh dpt hidayah Allah kn?
adik: salah,nak tahu jawapannya x, senang ja
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustzh ckp kt sekolah, perempuan akn menutup auratnya apabila dia dikafankan,akn tutup buat selamanya
abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam mksdnya)


aurat wanita yg disyariatkan...
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]



aurat wanita




aurat lelaki pula..
antara pusat hingga lutut



Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.




B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut



C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.




D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut